Jumat, 28 Februari 2014

Tipe Penyuntingan

Terdapat dua tipe penyuntingan, yaitu :


A. Penyuntingan Substantif

    Penyuntingan Substantif bertujuan untuk memastikan hasrat atau idea penulis dapat disampaikan setepat, sepadat, dan sejelas yang mungkin. Editor akan membaca tanskrip dengan memberikan pendekatan secara menyeluruh apakah bahasa, susunan atau konsep tanskrip sesuai. Kemudian, editor akan membuat teguran dan cadangan kepada penulis untuk melengkapkan tanskrip, menggugurkan atau memotong bagian teks atau ilustrasi yang tidak perlu, dan membuat tambahan.


Berikut ini, hal-hal yang perlu diteliti selama penyuntingan substantif :

a) Tajuk tepat dan jelas
b) Pembahagian bab dan tajuk kecil jelas
c) Adanya kesinambungan antara bahagian, bab dan paragraf.
d) Keseimbangan antara setiap bab dan paragraf.
e) Tanskrip tidak bertentangan dengan undang-undang, moral dan agama.
f)  Penguasaan bahasa, keselarasan istilah dan ejaan.
g) Bahan awalan, teks dan akhir hendaklah lengkap mengikut halaman kandungan.
h) Petikan bahan daripada karya lain telah mendapat keizinan.


B. Penyuntingan Kopi

    Penyuntingan Kopi bertujuan untuk menghapus semua halangan antara pembaca dengan apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Penyuntingan kopi memerlukan perhatian yang teliti terhadap setiap butiran di dalam tanskrip. Editor perlu berpengetahuan tentang apa yang patut disunting dan gaya yang patut diikuti serta kemampuan untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat


Berikut ini adalah tahapan dalam penyuntingan kopi:

 a) Membuat penyuntingan baris demi baris.
 b) Memberi tumpuan khusus kepada fakta dan bahasa.
 c) Memastikan keselarasan ejaan, istilah dan gaya bahasa.
 d) Memastikan ketepatan dan keselarasan ilustrasi dan bahan lain dalam teks tersebut.


Hal-hal yang perlu diteliti semasa penyuntingan kopi:

a) Fakta. 
    Pastikan semua butiran dalam teks benar, sehingga editor perlu membaca dengan teliti untuk memastikan ketepatan.

b) Bahasa, 
    Bahasa yang dimaksud meliputi diksi atau pemilihan kata. Dalam hal ini editor kopi perlu memastikan bahwa kata-kata yang dipilih berkesan dari segi maksud dan sesuai dengan bahasa yang digunakan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar